Sep
21
Filed Under (Uncategorized) by budakgendut on 21-09-2008

Apa perasaan bila nak balik je kereta tak ade. “Tadi rasa macam parking dekat sini”. Tapi sekarang dah tak der.. Addeh camana nie.

Rekod kesesatan aku mencari kete dekat tempat parking adalah selama satu jam dekat KLCC. Letih, hangin semua ada. Aku boleh lupa pulak dekat area mana aku parking.

Raca cam nak balik jalan kaki je. Penat. Tapi masa tu selamat bukan bulan puasa. So boleh la juga meminum air. :)

Jan
22
Filed Under (Uncategorized) by budakgendut on 22-01-2007

sambungan….

    Nampaknya kura-kura tersebut tidak dapat hidup lebih lama di alam maya ini. Tuhan lebih mengasihinya barangkali. Daripada hidup terseksa lebih baik kura-kura itu pergi meninggalkan kami semua.

    Seperti dijangka, berita kematian kura-kura ini mengejutkan banyak pihak. Ada yang menerima berita ini dengan penuh ketabahan. Ada juga yang menerimanya dengan linangan air mata. Yang pasti nama aku menjadi salah seorang daripada penyebab kematian.

    Ah! hidup ini memang begini. Benda yang dah tak der baru la ditangisi. Macam juga benda yang hilang. Baru sibuk nak mencari. Tapi bila ada depan mata tak nak pula simpan elok-elok.

Jan
05
Filed Under (Uncategorized) by budakgendut on 05-01-2007

Aku sampai jer semalam, ramai dah dalam opis. Macam nak buat
suprice party jerk kat aku. Masuk jer terus diaorang bising. Cakap aku dah
membunuh kura-kura kat opis tu. Eh apa pulak ni. Aku tengok semalam kura-kura
tu sihat jer. Orang yang duduk kat opis atas pon sampai turun sebab nak tengok kura-kura tu nak mati.

 

Haris : Ha, engkaulah ni shah. Bunuh kura-kura tu. Kau kasi
kura-kura tu makan banyak sangat

kan

.
(Memang aku bagi kura-kura tu makan banyak2.)

 

Fadz: Hah betul tu. Kau la ni shah.

 

Haris : Aku tak kira, baik ko bagi air 100 plus kau tu kat
kura-kura tu. (Balik kerja aku tuang betul air tu kat dalam aquarium tu).

 

Tiba-tiba orang kat pj call aku.

 

Wa : Shah, kura-kura tu nak mati ker.

 

Shah : Haah la kot. Aku mana la tahu sangat pasal kekura ni.

 

Wa : Aku tak kira baik ko gi bawa jumpa doctor. Isnin minggu
depan aku nak datang jb. Aku tahu kura-kura tu ader.

 

Giler betul. Bila masa kekura ni jadi mascot company ni. Aku
tak diberitahu pon. Siap orang kat pj pon call aku Tanya pasal kura-kura tu.
Mentang-mentang la meja aku dekat dengan kura-kura tu. Siap nak datang lagi,
nak tengok kura-kura tu.

 

Agaknya kalau mati, company buat majlis tahlil tak. Hahah.

Ala

ganti jer la dengan
yang lain. Kura-kura baru yang kecik baru RM 6.00 jer.

 

Nor : Eh, tak sama. Kalau ganti dengan yang lain mesti la
tak sama.

 

Ceh, padahal selama ni, diorang buat dek jer pon. Bila dah
mati buat komplot aku gi bunuh kura-kura tu.

 

Petang tu aku belek balik kura-kura tu. Aku tengok dia
betul-betul. “Inilah manusia, kalau dah tak ada baru rasa kehilangan. Dulu ada
depan mata tak nak hargai.”

 

Bersambung…..(Adakah kura-kura itu akan mati. Siapkah yang
telah membunuhnya. Ikutilah episode yang akan datang).

Sep
15
Filed Under (Uncategorized) by budakgendut on 15-09-2006

Pembuka bicara, ramai orang yang bertanya.. apa kena mengena panda tu dengan diriku. Jadi untuk memuaskan hati semua orang, aku disini ingin memberikan laporan penjelasan.

Kenapa saya suka dengan panda saya..
Panda saya baik…
Kenapa saya suka dengan panda saya…
Panda saya perut gendut macam saya….
Kenapa saya suka panda saya…
Panda saya comel..
Kenapa saya suka panda saya..
Panda saya seorang yang penyayang..
Kenapa saya suka panda saya..
Seronok tau biler peluk panda saya……. saya geram dengan panda saya.

Natijahnya disini.. konsep ke’panda’an yang dibawa oleh aku ni bermaksud kasih sayang. Bagaimana cekalnya seekor panda itu walaupun dirinya telah terancam kepupusan namun masih mampu dan gagah untuk hidup didunia ni kerana kasih sayang dan cintanya seekor panda itu agar setiap insan di dunia ini dapat menatapi rupa seekor panda buat kali terakhir.

Penutup bicara, "tiada apa yang lebih bermakna apabila melihat orang yang kita sayangi tersenyum. Senyumanmu mejawab sejuta persolan yang bermain diminda." - bui.